Salam,
Malaysia suatu ketika dilihat sebagai sebuah negara yang penuh dengan keharmonian serta ikon budaya ketimuran. Tapi hari ini masihkah malaysia dilihat begitu, masihkah ada mata luar ingin menyelami budaya Malaysia setelah pelbagai cerita kotor wujud hasil dari para pentadbir negara.
Siapa pak Anwar sehingga beliau dilihat sebagai pengancam dunia. Siapa pak Anwar sehingga hampir setiap laman utama akhbar menceritakan kisahnya. Melihat dari kacamata sejarah Anwar Ibrahim adalah seorang bekas pemimpin negara, bekas banduan serta bekas mastermind UMNO dizaman pemerintahan Mahathir.
Hari ini, Anwar datang sebagai ketua pemimpin pembakang dibawah naungan Pakatan Rakyat. Jawatannya seakan serupa Nik Aziz dan Lim Kit Siang tetapi kenapa beliau dilihat sebagai suatu virus bagi UMNO hingga mesti dihapuskan.
Berbagai cerita tentang Anwar wujud dan semuanya berkaitan tentang kisah seks. Bermula dari seks sejenis hingga kepada layanan pelacur.
Media menjadi mangsa untuk menjual cerita kotor seks Anwar tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat. Dimanakah kredibiliti UMNO dalam mentadbir negara sehingga membenarkan perkara ini berlaku. Dimanakah moral para ulama negara sehingga gagal menahan dari perkara ini terus menerus dihebahkan. Didalam Islam mahupun mana - mana agama pastinya melarang penghinaan serta tuduhan tanpa asas dilakukan. Adakah hari ini Malaysia bukan lagi negara Islam atau pemimpin negara bukan seorang Islam. Atau adakah kita hari ini telah kembali ke zaman jahiliah hingga kita jahil mengenal tuhan. Mungkinkah para pemimpin Malaysia hari ini hadirnya dari kumpulan freemason yang hidup bertuhankan Dajjal.
Siapa Anwar Ibrahim sehingga semua pemimpin UMNO bersusah payah menjatuhkan beliau... Adakah beliau benar - benar tahu rahsia kerajaan Malaysia hingga harus menghapuskan beliau. Yang pasti hari ini pemimpin Malaysia tidak lagi fokus dalam membangunkan negara tetapi fokus utama lenyapkan manusia tua bernama Anwar...
Kalau hidup seribu tahun mungkin ada jaminan untuk taubat, tetapi andaikata sesudah menuduh tanpa bukti anda mati, dapatkah lagi mulut berbicara dihadapan Allah mempertahankan diri dari hukumannya. Jahil sungguh si pemimpin serta penyokongnya...
Kafir rupanya pemimpin - pemimpin kita
No comments:
Post a Comment